Allahyarham Y.BHG Datuk Haji Aziz Ibrahim DSPN, JMN, JP
Mulai persekolahan di Sekolah Rendah Francis Light dan Penang Free School. Beliau di anugerahkan (First Class Scout) . Di atas jasa pergerakan pengakap, beliau di anugerahkan dengan pingat (Round Silver) dan di lantik sebagai pengakap di raja (Kings Scout).
Datuk Haji Aziz bin Mohd Ibrahim adalah seorang tokoh politik dan perniagaan sejak tahun 50an seorang anak tempatan yang berjaya mengharumi nama negeri pulau pinang dan Malaysia di dalam dan luar negara. Beliau telah memegang beberapa jawatan penting semasa bersama UMNO sejak tahun 1950. Datuk Aziz di lantik sebagai JAKSA pendamai (JP) , di anugerahi Johan Mangku Negara (JMN) pada tahun 1968 dan darjah setia pangkuan negara - gelaran Datuk. Beliau juga menerima pengahargaan dari UMNO - Jasa Mu Di Kenang oleh Timbalan Perdana Menteri YB Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1992. Datuk Hj Aziz telah dilantik memegang jawatan tertinggi di pulau pinang sebagai Pemangku Ketua Menteri 1962-63.